Puisi ni di cipta oleh allahyarham Dato' Dr Usman Awang yang telah pulang ke rahmatullah pada 29 November 2001.Allahyarham merupakan seorang penulis yang amat saya gemari.Antara karya-karya beliau yang saya ingati ialah Ke Makam Bonda(sajak yang selalu saya deklamasikan di pentas semasa di sekolah dulu) dan satu-satunya novel yang diilhamkannya(sepengetahuan saya) Tulang-Tulang Berselerakan.
Kekasih
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
1 ulasan:
This is kinda cool 2 know some1 from Kodiang DO BLOG. :-)
Catat Ulasan