Isnin, Julai 05, 2010

Lamanya tak update!!!

Dah 5 tahun rupanya blog aku ni...tapi sunyi sepi je sejak aku buka. Sampai last-last aku lupa password blog aku sendiri. Nasib baik ada lagi blog ni. Boleh la aku luahkan rasa di hati selain diari kesayangan ku. Peduli apa kalau ada yang tak suka. Ni blog aku...suka hati aku lah.

Hari ni agak kelam-kabut sikit di tempat kerja. Ramai yang mc atau 'missing in action'. Dato' plak nak data terkini untuk jawab soalan parlimen. So yang tinggal berapa kerat kat opis ni lah yang kena jadi tentera kerahan. Bila kena time macam ni, baru tau nak appreciate kerja aku. Walaupun kekadang tu aku muhasabah diri, aku ni niat kerja kerana Allah swt ke atau nak dapatkan perhatian orang tapi tetap juga terselit rasa tak puas hati bila ada yang perli aku tunjuk bagus dan nak kipas bos. Hello!!! Tunjuk bagus? Bodek? kalau tunjuk bagus tak adalah aku rasa diri aku ni macam balaci hampeh...Kalau bodek tak adalah bila ada event penting nama aku selalu cicir.

Last-last hari ni, orang yang selalu perli aku tunjuk bagus tu la yang minta tolong aku. Nasib baik tau ucap terima kasih. Kalau tak mau berdesing telinga dia dengar ayat-ayat hikmah aku ni. Bak pesanan orang bijak pandai 'untung sebagai roda pedati'

Sabtu, September 24, 2005

Tinta Jumaat : Malam Pengantin








From: Fakhrul Azman
Date: Fri, 23 Sep 2005 00:51:47 -0700 (PDT)

Malam Pengantin

Ihsan daripada seorang sahabat

 

 


Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka


 

 



Find love online with MSN Personals.

Rabu, September 14, 2005

Sajak Oleh Osman Awang@Tongkat Warrant

Puisi ni di cipta oleh allahyarham Dato' Dr Usman Awang yang telah pulang ke rahmatullah pada 29 November 2001.Allahyarham merupakan seorang penulis yang amat saya gemari.Antara karya-karya beliau yang saya ingati ialah Ke Makam Bonda(sajak yang selalu saya deklamasikan di pentas semasa di sekolah dulu) dan satu-satunya novel yang diilhamkannya(sepengetahuan saya) Tulang-Tulang Berselerakan.

Kekasih
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu

akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.

PELUANG

PELUANG

PELUANG 1
Tika kita dilambung bahagia
Hadir cahaya menyertai kita
Walau hidup beronak berduri
Keluhan tak pernah terbit di sanubari
Maka kau jadi alpa
Dek kerna kilauan sinar kepalsuan duniawi
Akhirnya tersungkurlah kau kebumi
Meninggalkan aku meneruskan perjuangan hidup bersendirian
Namun takdir Ilahi menyebelahi kita
Setelah sekian lama terpisah dunia
Kita bersatu di bawah paying keinsafan
Itulah PELUANG 1 kita
PELUANG 2
Bila badai dugaan kembali menghempas
Hidup tak pernah seperti dulu lagi
Kesilapanmu dulu sering dipertikaikan mereka
Aku cuba memberimu kekuatan dan membisik kata pembakar semangat
Tapi kau membisu dan terus membisu
Kusangka kau sedang mengumpul semangat dalam kesabaran
Sabar untuk menepuh dugaan kehidupan
Malangnya tak terduga,diammu tanda mengalah
Mengikut arus tafsiran mereka
Membenarkan melentur peribadimu
Lalu pantas kuhulurkan PELUANG 2
Agar kau takkan lagi hilang pedoman
PELUANG 3
Perlukah lagi ada peluang
Sedangkan kita sudah tak sehaluan
Jalan kita sudah berbeza tujuan
Agh….!
Baru kusedar kini
Rupanya selama ini kau tak pernah meminta diberikan

PELUANG 1 dan PELUANG 2
Aku rupanya yang mencipta mimpi
Alpa memberi tanpa sekalipun dipinta
Lalu untuk apa lagi peluang itu?
Perlukah lagi PELUANG 3?

nukilan oleh emy fashila